Selasa, 30 April 2013

SEJARAH SKPU



SK.Pelabuhan Utara telah mula dibuka pada tanggal 1 Disember 1990. Sekolah ini telah dibina ditapak seluas 10 hektar di tengah-tengah Bandar Sultan Suleiman,Pelabuhan Klang. 

Dengan kerjasama penduduk setempat,Persatuan Ibu bapa dan guru telah ditubuhkan pada tahun 1990. Pengerusi PIBG ketika itu adalah Allahyarham En. Raduan bin  Dimah.

SKPU mempunyai seramai 89 orang guru terlatih, seorang guru pol, 5 orang guru Jqaf  ( dalam latihan ) dan 10 orang  staf.

Guru Besar SKPU ialah En. Shamsuddin B. Katan. Beliau mula bertugas di sekolah ini pada tahun 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan