Selasa, 30 April 2013

SPSK JPS



SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI ( SPSK)
NEGERI SELANGOR

SPSK merupakan sistem pengurusan Sekolah di Negeri Selangor yang mengikut Standard Kualiti MS ISO 9001:2008 dan disebut Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti.
OBJEKTIF SPSK
1.       Meningkatkan pengurusan sekolah kualiti ke arah MS ISO 9001:2008 yang lebih bersistematik, jelas dan berfokus.
2.       Meningkatkan pengurusan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut manual kualiti yang disediakan.
3.       Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar melalui tumpuan aktiviti yang berfokus kepada pelanggan (pelajar) di sekolah.
4.       Membantu mencapai matlamat visi, misi dan slogan Jabatan Pelajaran Selangor.
SPSK
SPSK menggunakan standard MS ISO 9001:2008 mengandungi :
Ø  MANUAL KUALITI
Menerangkan dasar dan objektif kualiti- Sistem Pengurusan Kualiti mengikut seksyen (Seksyen 4-8) dalam standard MS ISO 9001: 2008 dan dasar berkaitan.

Ø  PROSEDUR KUALITI
Menerangkan proses-proses yang dijalankan bagi pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang mengandungi 19 Prosedur Utama (PK).

Ø  DOKUMEN
Menerangkan dokumen yang menyokong pelaksanaan sistem pengurusan kualiti seperti Akta Pelajaran, Dasar Pendidikan Negara, Surat Pekeliling Iktisas dan Garis Panduan.

Ø  REKOD
Rekod yang diwujudkan dan diselenggara sebagai bukti kepada pematuhan pelaksanaan kualiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan